Mukadimah

Alhamdulillah, dengan taufik dan hidayah Allah S.W.T., telah berjaya dicipta sebuah blog islamic untuk menyebarkan sedikit sebanyak peringatan kepada umat Islam sejagat supaya[...] - EmirHaiqal.

Beruntungkah Kita?

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W.? Kalau dulu pada zaman Nabi Lut A.S., kaumnya yang mengamalkan seks sejenis, Allah S.W.T. azab terus lenyapdari muka bumi. Tetapi bagi[...] - EmirHaiqal.

Hidup Ini Untuk Apa?

Pernahkah anda terfikir, apa tujuan kita hidup? Tambahan, mati bukanlah tujuan utama dalam kehidupan. Mati adalah ketentuan yang akan berlaku kepada semua makhluk. Sewaktu masih kanak-kanak jika ditanyakan[...] - EmirHaiqal.

Umur Boleh Ditambah?

Alam ialah ciptaan Allah S.W.T. yang tidak kekal dan akan binasa. Alam merupakan perkara yang selain daripada Allah S.W.T.. Begitu juga dengan manusia, akan[...] - EmirHaiqal.

Follow us on Facebook

Umur Boleh Ditambah?

Alam ialah ciptaan Allah S.W.T. yang tidak kekal dan akan binasa. Alam merupakan perkara yang selain daripada Allah S.W.T.. Begitu juga dengan manusia, akan mati dan akan dibangkitkan semula di alam kubur dan seterusnya. Imam Ghazali mengatakan:
"Perkara yang daling dekat dengan diri kita dalam dunia ini ialah mati"
(Imam al-Ghazālī)
Jadi jelaslah yang kita tidak dapat lari daripada ajal maut masing-masing. Namun, peribahasa melayu mengatakan, pantang maut sebelum ajal. Maksud peribahasa tersebut ialah kita tidak akan mati walau apa-apa cara sekali pun, selagi ajal tidak menemui kita. Jika kita tidak makan setahun tetapi belum sampai ajal kita, tidak mustahil untuk kita meneruskan kehidupan. Ini semua kuasa Allah S.W.T., Dia bersifat kudrat & iradat. Persoalannya, benarkah umur dapat dipanjangkan atau ajal dapat dijauhkan?

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang suka dilapangkan pada rezekinya dan dilewatkan ajal dan umurnya, maka hendaklah ia menyambung silaturahimnya."
(Hadis riwayat Anas bin Malik R.A.)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang maksudnya:
"Silaturahim, berjiran dengan baik, serta berakhlak baik, semuanya itu memakmurkan kehidupan berumah tangga dan menambahkan umur"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad daripada Aisyah R.A.)
Sungguhpun begitu, ada di kalangan para ulama yang mentafsirkan hadis ini dengan pelbagai tafsiran antaranya, sebagai satu kinayah(perumapamaan) dengan kurniaan keberkatan pada umur dan rezekinya, dengan taufik dan hidayah Allah S.W.T. kepada sesiapa yang menyambungkan atau menghubungkan dan taat kepada-Nya. Selain itu, dalam konteks qada dan qadar Allah S.W.T., mati dikategorikan sebagai Qada Mubram yakni ketentuan yang pasti akan berlaku. Akan tetapi, tarikh kematian itu dikategorikan sebagai Qada Muallaq yakni ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.

Perkara yang paling penting, kita harus meredai segala ketentuan Allah S.W.T.. Lagipun, Allah S.W.T. telah menentukan segalanya semasa malaikat meniupkan roh ke dalam jasad kita ketika masih berumur lebih kurang 120 hari di dalam kandung ibu masing-masing. Ini semua kerja Allah S.W.T., kita sebagai makhluk yang diciptakan-Nya wajib melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan(bertakwa).

Allah S.W.T. mengekalkan kesan serta sebutan nama yang baik bagi orang-orang yang menghubungkan silaturahim walaupun telah lama meninggal dunia. Allah S.W.T. juga mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada orang-orang yang menjaga silaturrahim.
"Telah disebut di hadapan Rasulullah S.A.W. hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang menghubungkan silaturahim dilanjutkan usianya." Lantas Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesungguhnya ia bukan menambahkan umur tetapi dianugerahkan kepadanya zuriat solehah yang sentiasa mendoakannya selepas kematiannya."
(Hadis Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda' R.A.)
Dipanjangkan umur juga ditafsirkan para ulama sebagai, Allah S.W.T. akan menjaga atau melindungi orang yang menghubungkan silaturahim daripada ditimpa musibah pada agama dan pemikirannya. Orang itu akan terselamat daripada fitnah dunia dan terselamat pemikirannya daripada perkara-perkara yang menyesatkan.

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda yang mafhumnya:
"Tidak boleh ditolak qadar Allah S.W.T. melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa."
(Hadis riwayat Hakim, Ibn Hibban dan Tarmizi)
Allah S.W.T. juga ada berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran"
(Surah al-Baqarah: ayat 186)

Justeru itu, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang berlaku pada zaman Nabi Daud A.S. berkaitan salah seorang daripada kaumnya yang dipanjangkan umurnye kerana menyambungkan tali silaturahim.

Pada suatu hari, Malaikat Izrail A.S. menemui Nabi Daud A.S. Kemudian, Malaikat Izrail A.S. berkata kepada Nabi Daud A.S., "Si fulan akan meninggal dunia enam hari lagi." Si fulan yang dimaksudkan ialah salah seorang daripada kaum Bani Israel yang merupakan kaum Nabi Daud A.S..

Enam hari kemudian, Si fulan ternyata masih hidup. Nabi Daud A.S. kehairanan. Tidak mungkin Malaikat Izrail A.S berdusta atau tidak mungkin Nabi Daud A.S. tersalah dengar.

Kemudian Malaikat Izrail A.S. datang semula menemui Nabi Daud A.S.. Nabi Daud A.S. seraya bertanya, "Mengapa si fulan masih hidup setelah enam hari kau katakan kepada ku?"

"Sebenarnya aku akan mencabut nyawanya bertepatan dengan waktu yang ditentukan Allah S.W.T.. Tetapi kemudian, Allah S.W.T. memerintah aku supaya menundanya", jawab Malaikat Izrail A.S..

"Tapi mengapa?", tanya Nabi Daud A.S. lagi.

Selepas itu, Malaikat Izrail A.S. menjawab, "Sejak aku mengatakan hal itu sejak enam hari yang lalu, si fulan berubah perangai. Dia menyambung tali persaudaraan yang selama ini terputus. Dia mengunjungi saudara-saudaranya yang jauh, sahabat kenalannya orang-orang yang tertentu. Oleh kerana  itulah, Allah S.W.T. memerintahkan kepadaku untuk memberi dua puluh tahun lagi kepadanya."

Konklusinya, hanya dengan menyambung tali persaudaraan yang lama telah terputus(silaturahim) si fulan dapat tambahan dua puluh tahu lagi. Dalam tempoh yang panjang itu, dapatlah si fulan ini menambah amalannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyebarkan perkara ini dan menyambung silaturahim. InsyaAllah, kita akan dipanjangkan umur.

~Wallahu'alam~

Hidup Ini Untuk Apa?

Pernahkah anda terfikir, apa tujuan kita hidup? Tambahan, mati bukanlah tujuan utama dalam kehidupan. Mati adalah ketentuan yang akan berlaku kepada semua makhluk. Sewaktu masih kanak-kanak jika ditanyakan, "Apakah cita-cita apabila dewasa kelak?". Tentukan akan dijawab dengan pelbagai jawapan seperti ingin menjadi doktor, jurutera, peguam dan banyak lagi. Namun, adakah itu sahaja yang ingin dicapai? Kalau difikirkan sekali lagi, banyak lagi perkara yang ingin kita capai, dan setiap insan mempunyai pendapat yang berbeza. Persoalannya, apakah tujuan utama yang wajib dicapai oleh setiap individu?

Renungkan sekali lagi saudaraku, apa yang bermain di minda anda pada ketika ini? Mungkin ada di antara anda yang berasa gelisah kerana sudah tersedar bahawa anda memang belum ketemu dengan tujuan hidup yang sebenar. Mungkin juga ada di antara berasa tenang kerana anda telah berasa yakin dengan tujuan hidup yang sedang anda fikirkan. Sungguhpun begitu, ada juga di antara anda sudah mendapat jawapan yang sebenar kerana itu anda tidak berasa gelabah. Apakah tujuan Allah S.W.T. mencipta kita jika tiada gunanya, tiada matlamatnya dan juga tiada perolehannya?

Tujuan yang Allah S.W.T. terangkan dalam al-Quran ialah:-

Pertamanya ialah untuk menyembah Allah S.W.T.
"Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(Surah al-Zariyat: ayat 56)
Kedua, untuk menjadi khalifah(pemimpin) di muka bumi.
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
(Surah al-Baqarah: ayat 30)
Akhir sekali, untuk berdakwah atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami amar makruf, nahi mungkar(menyuruh berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang fasik."
(Surah ali Imran: ayat 110)
Lihatlah, betapa lalainya kita. Kita tak pernah ingat bahawa Allah S.W.T. telah berfirman di dalam al-Quran yang telah berusia mencecah 1400 tahun telah memberi tahu kepada kita apakah sebenarnya tujuan kehidupan. Hidup ini bukanlah untuk bersuka-ria, bukanlah untuk bersedih-sedih, tetapi untuk kita menjadi hamba yang mentaati Tuhannya, Khalifah bertanggungjawab yang menjalankan tugasnya dengan amanah dan muslim atau muslimat yang berdakwah yakni muslim atau muslimat yang menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran yang menjadi panduan umat Islam sejak diturunkannya.

Justeru itu, marilah sama-sama kita memahat ayat-ayat di atas di dalam hati masing-masing, supaya kita sentiasa ingat mengapa kita dihidupkan dan untuk apa kita dihidupkan. Sidang pembaca sekalian, marilah kita bersama-sama mengingatkan rakan-rakan kita di luar sana yang sudah lupa akan tujuan sebuah kehidupan. Jangan hanya baca, ingat dan amalkannya!

~Wallahu'alam~

Mukadimah

Alhamdulillah, dengan taufik dan hidayah Allah S.W.T., telah berjaya dicipta sebuah blog islamic untuk menyebarkan sedikit sebanyak peringatan kepada umat Islam sejagat supaya kita sama-sama dapat membina semula nama Islam yang telah roboh. Perkara yang cuba saya sampaikan ialah kita perlu berdakwah sesama umat Islam sendiri sebelum menyebarkan kepada orang yang bukan Islam. Hal ini kerana, umat Islam sendiri pada hari ini tidak faham tentang agamanya sendiri. Cuba bayangkan pada suatu hari, hujan lebat. Kemudian kita melihat ramai orang lari bertempiaran mencari tempat berteduh. Bagaiman kita nak panggil orang yang lari bertempiaran itu berteduh di rumah kita, sedangkan rumah kita pun bumbungnya berlubang? Bukan satu, tapi banyak sangat lubang. Adakah mereka berminat untuk berteduh di rumah anda? Tidak sama sekali. Itulah perumpamaan bagi menggambarkan umat Islam hari ini. Sibuk untuk berdakwah kepada orang bukan Islam, sedangkan umat Islam sendiri masih terumbang-ambing di tengah lautan dalam. Jadi blog ini dikarang untuk sedikit sebanyak menyebarkan dakwah terutamanya kepada umat Islam. Saya sendiri pun bukanlah orang yang berilmu sangat dalam bab agama, cuma mahu berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan. Saya telah sedar dan mulai risau tentang keadaan umat Islam pada hari ini. Hanya ini yang dapat saya lakukan untuk membantu umat Islam. Akhir sekali, blog ini tidak akan terlalu kerap dikemas kini kerana sibuk dengan saya pembelajaran saya. Akhirulkalam, sama-samalah kita membina semula dan mengukuhkan ukhwah Islamiah kita !

~Wallahu'alam~

Beruntungkah Kita?


Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W.? Kalau dulu pada zaman Nabi Lut A.S., kaumnya yang mengamalkan seks sejenis, Allah S.W.T. azab terus lenyapdari muka bumi. Tetapi bagi umat Nabi Muhammad S.A.W., Allah S.W.T. tunda dulu azabnya di muka bumi ini. Allah S.W.T. beri peluang agar pengamal seks songsang ini bertaubat.

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W.? Kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam A.S. dan Hawa memakan buah terlarang, mereka terus teraib dan diusir dari syurga. Tetapi sekarang, kerana kita umat Baginda S.A.W. Allah S.W.T. tidak mengaibkan terus kepada mereka yang membuat perkara yang ditegah dan dilarang. Allah S.W.T. beri peluang kepada kita untuk bertaubat.

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W.? Dulu umat Nabi Nuh A.S. majoritinya tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T. lalu Allah S.W.T. tenggelamkan dunia dengan banjir besar, tetapi sekarang kita umat Nabi Muhammad S.A.W., Allah S.W.T. beri peluang untuk kita insaf dan perbaiki diri.

Beruntungkah kita di akhir zaman ini? Sebenarnya kita di akhir zaman ini adalah umat yang paling rugi, jika tidak betul-betul mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W. dan mengabaikan perintah Allah S.W.T.. Umat akhir zaman suka mengikut nafsu daripada mengawal nafsu!

Beruntungkah kita umat akhir zaman? Ya, kerana umat Nabi Muhammad S.A.W. yang paling mudah meraih ganjaran pahal.Satu kebaikan yang dilakukan, Allah S.W.T. beri ganjaran pahala 10 kali ganda. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk meraih kebaikan, amal soleh, beribadah cara Nabi Muhammad S.A.W. dan ikut perintah Allah S.A.W. secara total!

SOLUSI-Isu no.42

~Wallahu'alam~