Follow us on Facebook

Beruntungkah Kita?


Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W.? Kalau dulu pada zaman Nabi Lut A.S., kaumnya yang mengamalkan seks sejenis, Allah S.W.T. azab terus lenyapdari muka bumi. Tetapi bagi umat Nabi Muhammad S.A.W., Allah S.W.T. tunda dulu azabnya di muka bumi ini. Allah S.W.T. beri peluang agar pengamal seks songsang ini bertaubat.

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W.? Kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam A.S. dan Hawa memakan buah terlarang, mereka terus teraib dan diusir dari syurga. Tetapi sekarang, kerana kita umat Baginda S.A.W. Allah S.W.T. tidak mengaibkan terus kepada mereka yang membuat perkara yang ditegah dan dilarang. Allah S.W.T. beri peluang kepada kita untuk bertaubat.

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad S.A.W.? Dulu umat Nabi Nuh A.S. majoritinya tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T. lalu Allah S.W.T. tenggelamkan dunia dengan banjir besar, tetapi sekarang kita umat Nabi Muhammad S.A.W., Allah S.W.T. beri peluang untuk kita insaf dan perbaiki diri.

Beruntungkah kita di akhir zaman ini? Sebenarnya kita di akhir zaman ini adalah umat yang paling rugi, jika tidak betul-betul mengikut cara Nabi Muhammad S.A.W. dan mengabaikan perintah Allah S.W.T.. Umat akhir zaman suka mengikut nafsu daripada mengawal nafsu!

Beruntungkah kita umat akhir zaman? Ya, kerana umat Nabi Muhammad S.A.W. yang paling mudah meraih ganjaran pahal.Satu kebaikan yang dilakukan, Allah S.W.T. beri ganjaran pahala 10 kali ganda. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk meraih kebaikan, amal soleh, beribadah cara Nabi Muhammad S.A.W. dan ikut perintah Allah S.A.W. secara total!

SOLUSI-Isu no.42

~Wallahu'alam~

0 comments:

Catat Ulasan