"Perkara yang daling dekat dengan diri kita dalam dunia ini ialah mati"
(Imam al-Ghazālī)
Jadi jelaslah yang kita tidak dapat lari daripada ajal maut masing-masing. Namun, peribahasa melayu mengatakan, pantang maut sebelum ajal. Maksud peribahasa tersebut ialah kita tidak akan mati walau apa-apa cara sekali pun, selagi ajal tidak menemui kita. Jika kita tidak makan setahun tetapi belum sampai ajal kita, tidak mustahil untuk kita meneruskan kehidupan. Ini semua kuasa Allah S.W.T., Dia bersifat kudrat & iradat. Persoalannya, benarkah umur dapat dipanjangkan atau ajal dapat dijauhkan?
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang suka dilapangkan pada rezekinya dan dilewatkan ajal dan umurnya, maka hendaklah ia menyambung silaturahimnya."
(Hadis riwayat Anas bin Malik R.A.)
"Silaturahim, berjiran dengan baik, serta berakhlak baik, semuanya itu memakmurkan kehidupan berumah tangga dan menambahkan umur"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad daripada Aisyah R.A.)

Perkara yang paling penting, kita harus meredai segala ketentuan Allah S.W.T.. Lagipun, Allah S.W.T. telah menentukan segalanya semasa malaikat meniupkan roh ke dalam jasad kita ketika masih berumur lebih kurang 120 hari di dalam kandung ibu masing-masing. Ini semua kerja Allah S.W.T., kita sebagai makhluk yang diciptakan-Nya wajib melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan(bertakwa).
Allah S.W.T. mengekalkan kesan serta sebutan nama yang baik bagi orang-orang yang menghubungkan silaturahim walaupun telah lama meninggal dunia. Allah S.W.T. juga mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada orang-orang yang menjaga silaturrahim.
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda yang mafhumnya:

Dipanjangkan umur juga ditafsirkan para ulama sebagai, Allah S.W.T. akan menjaga atau melindungi orang yang menghubungkan silaturahim daripada ditimpa musibah pada agama dan pemikirannya. Orang itu akan terselamat daripada fitnah dunia dan terselamat pemikirannya daripada perkara-perkara yang menyesatkan."Telah disebut di hadapan Rasulullah S.A.W. hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang menghubungkan silaturahim dilanjutkan usianya." Lantas Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sesungguhnya ia bukan menambahkan umur tetapi dianugerahkan kepadanya zuriat solehah yang sentiasa mendoakannya selepas kematiannya."
(Hadis Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda' R.A.)
Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda yang mafhumnya:
"Tidak boleh ditolak qadar Allah S.W.T. melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa."
(Hadis riwayat Hakim, Ibn Hibban dan Tarmizi)
Allah S.W.T. juga ada berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran"
(Surah al-Baqarah: ayat 186)
Justeru itu, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang berlaku pada zaman Nabi Daud A.S. berkaitan salah seorang daripada kaumnya yang dipanjangkan umurnye kerana menyambungkan tali silaturahim.
Pada suatu hari, Malaikat Izrail A.S. menemui Nabi Daud A.S. Kemudian, Malaikat Izrail A.S. berkata kepada Nabi Daud A.S., "Si fulan akan meninggal dunia enam hari lagi." Si fulan yang dimaksudkan ialah salah seorang daripada kaum Bani Israel yang merupakan kaum Nabi Daud A.S..
Enam hari kemudian, Si fulan ternyata masih hidup. Nabi Daud A.S. kehairanan. Tidak mungkin Malaikat Izrail A.S berdusta atau tidak mungkin Nabi Daud A.S. tersalah dengar.
Kemudian Malaikat Izrail A.S. datang semula menemui Nabi Daud A.S.. Nabi Daud A.S. seraya bertanya, "Mengapa si fulan masih hidup setelah enam hari kau katakan kepada ku?"
"Sebenarnya aku akan mencabut nyawanya bertepatan dengan waktu yang ditentukan Allah S.W.T.. Tetapi kemudian, Allah S.W.T. memerintah aku supaya menundanya", jawab Malaikat Izrail A.S..
"Tapi mengapa?", tanya Nabi Daud A.S. lagi.
Selepas itu, Malaikat Izrail A.S. menjawab, "Sejak aku mengatakan hal itu sejak enam hari yang lalu, si fulan berubah perangai. Dia menyambung tali persaudaraan yang selama ini terputus. Dia mengunjungi saudara-saudaranya yang jauh, sahabat kenalannya orang-orang yang tertentu. Oleh kerana itulah, Allah S.W.T. memerintahkan kepadaku untuk memberi dua puluh tahun lagi kepadanya."
Konklusinya, hanya dengan menyambung tali persaudaraan yang lama telah terputus(silaturahim) si fulan dapat tambahan dua puluh tahu lagi. Dalam tempoh yang panjang itu, dapatlah si fulan ini menambah amalannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyebarkan perkara ini dan menyambung silaturahim. InsyaAllah, kita akan dipanjangkan umur.

~Wallahu'alam~
0 comments:
Catat Ulasan